Monday 30 April 2012

Perancangan Bahasa

Perancangan bahasa merujuk kepada usaha untuk memupuk, membaiki dan mengembangkan sesuatu bahasa ke arah bahasa moden. Antaranya ialah:
  • membuat keputusan dasar tentang bahasa
  • menyeragamkan variasi bahasa dan memupuk usaha pengembangan bahasa
  • meninjau semula hasil dan kesan aktiviti perancangan bahasa 
  • mengumpulkan data dan menyusun strategi untuk memajukan bahasa



Antara ketiga-tiga aktiviti perancangan bahasa tersebut, saya hanya memilih satu sahaja untuk memperincikan dengan menyeluruh. Saya memilih Perancangan Taraf Bahasa.
Perancangan taraf bahasa
Perancangan taraf bahasa merujuk kepada usaha meluaskan dan meningkatkan taraf penggunaan atau peranan bahasa dalam masyarakat. Di Malaysia, usaha ini melibatkan pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar dalam sistem pendidikan negara.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahawa;
Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen”.
Penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disertai dengan syarat-syarat seperti berikut:
  • ·         Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud selain maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
  • ·         Selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
  • ·         Selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskah yang sahih:
§  Bagi segala Rang Undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen
§  Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris
  • ·         Selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbicaraan dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris.
Antara perkara penting yang termaktub dalam Perkara Perlembagaan Malaysia termasuklah:
  • ·         Pertimbangan sewajarnya untuk mewujudkan satu bahasa rasmi negara iaitu bahasa Melayu.
  • ·         Pertimbangan sewajarnya untuk memelihara bahasa ibunda kaum lain yang tinggal di negara ini supaya tidak ditindas, iaitu bahasa ibunda masing-masing boleh digunakan dalam hal tidak rasmi tau tidak formal dan pemelajaran bahasa ibunda tidak dilarang.
  • ·           Penukaran bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kepada bahasa Melayu dilakukan secara beransur-ansur untuk membolehkan bahasa Melayu berkembang sebelum dapat mengambil tugas bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa kebangsaan atas dasar bahasa Melayu merupakan:
  • ·         Bahasa kaum majoriti negara ini
  • ·         Bahasa yang menjadi alat komunikasi antara kaum
  • ·         Bahasa kaum peribumi yang telah meluas penggunaannya.
Tujuan bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk:
  • ·         Mencapai integrasi nasional
  • ·         Mewujudkan identiti nasional melalui bahasa Melayu
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 menguatkuasakan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, iaitu semua urusan kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa awam mesti menggunakan bahasa Melayu.


Akta ini memberikan beberapa kekecualian kepada maksud “rasmi” dengan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membenarkan penggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara tertentu seperti yang berikut:
  • ·         Undang-undang
  • ·         Hubungan dengan negara asing
  • ·         Latihan yang disampaikan oleh pakar asing
  •          Urusan Jabatan Hasil Dalam Negeri dalam perkara-perkara tertentu seperti yang berikut
  •      laporan, preskripsi dan arahan pembedahan       
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dinyatakan dalam Laporan Razak (1956) dan kemudian dipertegas dalam Laporan Rahman Talib (1960) memperakukan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.

Laporan Razak mengesyorkan:
  • ·         Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan syarat bantuan oleh kerajaan kepada semua sekolah
  • ·         Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan Sijil Rendah dan Sijil Pelarajan Kebangsaan
Laporan Rahman Talib mengesyorkan supaya kelulusan dalam bahasa Melayu sebagai syarat wajib untuk memasuki mana-mana skim latihan perguruan.

Dasar bahasa Melayu di universiti tempatan pula mewajibkan pelajar yang mengikuti pengajian di universiti mestilah mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Akta Pendidikan 1996 mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan, kecuali sekolah jenis kebangsaan. Bagi institusi pendidikan yang bahasa penghantar utamanya bukan bahasa Melayu, bahasa Melayu hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.


Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA
 p/s: perincian terhadap dua lagi aktiviti perancangan bahasa tersebut akan saya pertimbangkan. heheheheh

Friday 27 April 2012

Insya-Allah versi Melayu

Ada sesiapa yang kenal dengan Maher Zain? Tipulah kalau ada yang tidak kenal dengan orang bernama Maher Zain. Saya sangat minat dengan Maher Zain. Eh, silap. Saya minat lagu dia Maher Zain, bukan Maher Zain. Jangan salah sangka ya.


Maher Zain berasal dari Lubnan. Kehidupannya suatu ketika dahulu sudah jauh terpesong dari ajaran Islam. Namun, setelah mendapat hidayah daripada Allah, dia kembali ke pangkal jalan. Eh, kejap. Kenapa tiba-tiba saya cerita pasal latar belakang Maher Zain pula. Maaf, saya sudah terpesong dari niat asal saya.


Sebenarnya, entry kali ini saya ingin menyatakan kekaguman saya kepada Maher Zain. Kenapa? Kerana, dia sanggup mempelajari serba sedikit tentang Bahasa Melayu apabila orang Melayu sangat meminati lagu-lagunya terutama lagu Insya-Allah. 


Jom, kita hanyati lagu Insya-Allah dalam versi bahasa Inggeris dahulu.




Sedapkan lagu Maher Zain ini. Banyak mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini. Maher Zain menjadi terkenal dengan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan. 


Sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk Malaysia telah mendorong Maher Zain untuk mempelajari serba sedikit tentang bahasa Melayu. Sekarang, dia sudah boleh bertutur dalam bahasa Melayu walaupun hanya sedikit. Sebagai penghormatan kepada orang Melayu, Maher Zain telah menyanyikan lagu Insya-Allah dalam versi bahasa Melayu. Hebatkan Maher Zain ini.


Jom, kita dengar lagu Insya-Allah dalam versi bahasa Melayu pula..


Hah??? macam mana? sedapkan lagu ini? Walaupun sudah ditukar bahasanya, lagu ini masih lagi sedap untuk didengar malah kita sebagai orang Melayu semakin faham dengan kandungan lagu tersebut.


Orang luar pun sanggup untuk mempelajari dan berminat untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Inikan kita pula yang sudah sememangnya orang Melayu. Kebanyakan orang Melayu sekarang lebih berminat untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Baru nampak international katanya. Tidak usah, hendak dibanggakan sangatlah dengan bahasa penjajah itu. Bukan bahasa tersebut tidak penting. Memang tidak dapat hendak dinafikan lagi bahawa bahasa Inggeris adalah sangat penting kerana bahasa tersebut telah menjadi bahasa perhubungan internasional. Tetapi, jangan asyik hendak mengejar mempelajari bahasa asing, bahasa sendiri tunggang-langgang. Bak kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 


Jadikan Maher Zain ini sebagai contohnya. Akhir kata, tepuk dada, tanya selera....


Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA


p/s: teringin nak jumpa maher zain secara langsung. :)

Thursday 26 April 2012

Makna Disebalik papan Tanda

Pernah dengar ungkapan ini "satu gambar memberi seribu makna"???? Tipulah kalau tidak pernah mendengarnya, mesti ada dengarnya. 


Entry kali ini, saya ingin menunjukkan gambar yang memberi maknanya yang tersendiri.






DILARANG MEROKOk DIKAWASAN INI


AWAS! JALAN LICIN













TANDAS
 DILARANG MEMBAWA MASUK KASUT. TINGGALKAN DI SINI.






DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN DISINI

DILARANG MEMBAWA MASUK KASUT. TINGGALKAN DI SINI.








DILARANG MENGAMBIL GAMBAR


  
SIMPANG EMPAT DIHADAPAN





                        



LAMPU ISYARAT
MERAH : BERHENTI
KUNING : SEDIA UNTUK BERHENTI
JALAN : JALAN


TERDAPAT MASJID DALAM JARAK 200 METER






BOLEH MEMBUAT PUSINGAN ‘U’

DILARANG MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT DI KAWASAN INI.






DILARANG MENUNGGANG BASIKAL DI KAWASAN INI

KAWASAN BUDAK SEKOLAH MELINTAS. PERLAHANKAN KENDERAAN.





Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA,


p/s: apa makna papan tanda ini erk... tak pernah lihat pun sebelum ni.

Wednesday 25 April 2012

Unsur Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu

Pada entry yang lepas yang sudah memperinci tentang jenis-jenis unsur bahasa asing yang terdapat dalam bahasa Melayu kecuali bahasa Inggeris. Jadi, pada entry kali saya ingin menjelaskan unsur bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu.
·         Pengarauh bahasa Inggeris mula meresap masuk ke dalam bahasa Melayu pada abad ke-18 apabila pihak Inggeris bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786.
·         Di bawah Perjanjian Pangkor 1876, sedikit demi sedikit pihak Inggeris berjaya menguasai bidang ekonomi, dan sosial masyarakat tempatan sehingga akhirnya pengaruhnya begiru dominan.
·         Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bahasa Inggeris begitu terpengaruh terhadap bahasa Melayu. Antaranya ialah:
ü  Dasar bahasa pihak pemerintah Inggeris yang mengutamakan bahasa Inggeris
ü  Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa rasmi pemerintahan Inggeris
ü  Pendidikan Inggeris yang meningkatkan penutur bahasa inngeris dalam kalangan orang Melayu
ü  Peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa
ü  Perancangan bahasa Melayu yang menyerap istilah daripada bahasa Inggeris untuk membina bahasa Melayu menjadi bahasa moden
ü  Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk mengajarkan mata pelajaran Sains dan Teknologi pada masa ini
ü  Pengaruh media cetak dan elektronik, khususnya iklan yang banyak menggunakan bahasa Inggeris
·         Pengaruh bahasa Inggeris terhadap bahasa Melayu dapat ditinjau daripada aspek kosa   kata, imbuhan, bunyi, tulisan dan nahu.
Pengaruh Bahasa Inggeris terhadap kosa kata bahasa Melayu
Bahasa Inggeris terus menguasai kosa kata bahasa Melayu hingga kini. Hal ini dapat meningkatkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Contohnya:
Aiskrim, agensi, automatik, demokrasi, enjin, gimik, idea, imej, faktor, nitrogen, lori, paip, radio, rizab, subjek, plastik, rubela, tayar, teknologi, saman, sepana, tiub, tuisyen, universiti, unit, yogurt, yoyo, zip dan zoo.
Pengaruh Bahasa Inggeris terhadap Peribahasa Bahasa Melayu
Bahasa Melayu turut meminjam peribahasa daripada bahasa Inggeris. Antaranya:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Beban kerja
Work load
Bulan madu
Honey moon
Bawah tanah
Underground
Perang dingin
Cold war
Kebudayaan kuning
Yellow culture
Langkaj mayatku
Over my dead body

Pengaruh Bahasa Inggeris terhadap Imbuhan Bahasa Melayu
Peminjaman imbuhan bahasa Inggeris itu berlaku dalam dua bentuk iaitu peminjaman imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.
Bagi imbuhan awalan, sebahagiannya telah terserap sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu sementara yang lain terserap sebagai sebahagian daripada kata pinjaman. Yang berikut adalah imbuhan awalan pinjaman yang dimaksudkan itu.
Imbuhan Awalan
Maksud
Contoh Perkataan
anti-
Menentang atau melawan
antikemajuan, antipenjajah
auto
Secara sendiri atau bersendirian
autobiografi, automatik
makro-
Besar, banyak, atau panjang
makrobiotik, makroekonomi
mikro-
Halus atau kecil
mikroekonomi, mikroskop
ultra-
Teramat sangat, terlampau
ultrabunyi, ultralembayung

Bagi imbuhan akhiran pinjaman bahasa Inggeris masih belum terserap sebagai imbuhan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Antara imbuhan akhiran pinjaman bahasa Inggeris yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah –al, -grafi, -if, -is, -asi, -si, -isme, -ik, -or, -iti, dan –logi.

Imbuhan akhiran
Contoh kata terbitan
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
-al
-al
Clinikal, emotional
Klinikal, emosional
-ant
-an
Defendant, informant
Defendan, informan
-er
-ar/-er
Counter, driver
Kaunter, drebar
-graphy
-grafi
Histriography, photography
Histriografi, fotografi
-ive
-if
Detective, subjective
Detektif, sunjektif
-ic
-ik
Autocratic, democratic
Autocratik,demokratik
-or
-or
Actor, contraktor
Aktor, kontraktor

Pengaruh Bahasa Inggeris terhadap Sistem Bunyi Bahasa Melayu
Daripada aspek bunyi bahasa pula, istilah peminjaman daripada bahasa Inggeris telah meningkatkan penggunaan fonem pinjaman /f/, /v/ dan /x/. Contohnya:
            /f/ = fauna, definisi, aktif
            /v/= vaksin, aktiviti, revisi
            /x/ = xenolit, xenon
Pengaruh daripada bahasa Inggeris juga menyebabkan perkataan bahasa Melayu mempunyai vokal rangkap. Selain itu, peminjaman juga telah melahirkan gugus konsonan dalam kosa kata bahasa Melayu.
Vokal Rangkap dalam Bunyi dan Sebutan Bahasa Melayu
Vokal rangkap
Contoh perkataan
ai
Baik, cair, kain, naib, saing
au
Baur, kaut, lauk, maung, sauh
ia
Biak, liar, kias, miang, tiap
iu
Cium, liut, nyiur, siul, tiung,
ua
Buat, luar, puas, suap, tuah
ui
Buih, duit, kuini, puisi, tuil

Gugusan Konsonan dalam Bunyi dan Sebutan Bahasa Melayu
Kedudukan gugus konsonan
Bentuk gugus konsonan
Contoh perkataan
Awal kata
bl
Blaus, blazer, blurb
gr
Grafik, gramatis, gred
sf
Sfalerit, sfera
tr
Trauma, trek, tribunal, tropika
Tengah kata
dr
Hidrolik, karbohidrat
kl
Aklimasi, antiklimaks, tetraklorida
ks
Eksklusif, ekspedisi, dekstrosa
rt
Kartrij
Akhir kata
ks
Antraks, konteks, paradoks
ltz
Waltz
rg
Aisberg
sk
Asterisk

Pengaruh Bahasa Inggeris terhadap Sistem Tulisan Bahasa Melayu
Daripada segi tulisan, pengaruh bahasa Inggeris telah menyebabkan bahasa Melayu menerima sistem ejaan Rumi sebagai tulisan untuk bahasa Melayu Moden.
Sebagai akibatnya, sistem ejaan Jawi semakin terpinggir tetapi kini ada usaha daripada kalangan pencinta bahasa Melayu untuk menghidupkan khazanah warisan Melayu itu semula.

Pengaruh Bahasa Inggeris terhadap nahu Bahasa Melayu
Bahasa Melayu juga terpengaruh oleh bahasa Inggeris daripada segi nahu. Yang paling ketara ialah penggunaan kata pemeri ialah dan adalah yang berfungsi sebagai kopula bahasa Inggeris is atau are.
Pengaruh lain ialah penggunaan kata seorang, sebuah, seekor dan sebagainya sebagai padanan “a” dan “an” dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, “a” dan “an” digunakan untuk menunjukkan bentuk tunggal sesuatu kata nama. Pengaruh ini dapat diperhatikan dalam ayat contoh yang berikut:
            He was bitten by a snake while climbing a tree.
Ayat di atas diterjemahkan seperti berikut:
            Dia dipatuk oleh seekor ular ketika sedang memanjat sebatang pokok.
Walhal, ayat itu sudah memadai jika diterjemahkan seperti berikut:
            Dia dipatuk oleh ular ketika sedang memanjat pokok.
Pengarauh bahasa Inggeris daripada aspek nahu juga dapat dikesan daripada penggunaan beberapa rangkai kata dalam bahasa Melayu moden sekarang seperti berhubung dengan (in connection), berkenaan dengan (with regard to) tidak dapat dinafikan bahawa (it connot be denied that), sebagai akibat daripada (as a result of) dan sebagainya.

Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA

p/s: penting juga bahasa inggeris dalam perkembangan bahasa Melayu ni yaa......