Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) iaitu tempat saya menuntut ilmu selama tiga tahun ini akan mengadakan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-14 pada 7 hingga 9 Mei ini. Semua orang dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pesta konvo pada kali ini. Jom kita lihat benner yang telah disiapkan oleh pihak universiti.
Cantikkan banner ini. Pertama kali saya melihatnya, saya sangat terpesona. Akan tetapi, terdapat kesalahan bahasa yang pada banner tersebut. Anda semua boleh teka tidak apa kesalahan bahasa yang telah berlaku pada ayat dalam banner ini???
Kesalahan bahasa berlaku pada perkataan 'Ke 14'. Sebenarnya, untuk menunjukkan giliran, tanda (-) perlu diletakkan di antara perkataan 'ke' dengan angka. Sebenarnya, ejaan yang betul seperti ini Ke-14.
Nampak mudah sahajakan. Tetapi itulah hakikat yang sering dilakukan oleh masyarakat pada hari ini. Mungkinkah disebabkan sengaja dilakukan, terlepas pandang atau kelalaian??? Hanya pihak yang berkaitan yang dapat menjawabnya.
Sepatutnya perkara ini perlu dititikberatkan. UPSIkan merupakan sebuah universiti yang melahirkan guru daripada pelbagai bidang. Andai ini kesalahan yang sangat mudah dilakukan, apa pendapat orang luar ketika melihat banner ini? Mungkin persepsi mereka terhadap UPSI akan berubah.
Jadi, tepuk dada tanyalah selera.
Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA.
p/s: mesti banyak baju dijual pada pesta konvo nanti. Jom kita sama-sama memeriahkannya. :)

No comments:
Post a Comment