Pertama
kali melihat video ini, ayat pertama yang keluar dari mulut saya ialah “HEBATNYA
DIA”. Mesti anda semua macam itu jugakan? Yalah, mana tidaknya, bangsa asing
boleh menyampaikan pidato dalam bahasa Melayu. Langsung tiada kesalahan di atas
struktur bahasa Melayu yang digunakan itu. Cuma pelatnya sahaja yang agak
kelihatan.
Saya
sangat kagum dengan saudara Hilal ini yang bersungguh-sungguh menyampaikan
pidatonya. Mungkin dia telah mengambil masa yang sangat lama untuk mendalami
bahasa Melayu agar dia dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik sekali. Begitu
semangat orang-orang asing seperti Hilal ini mempelajari bahasa Melayu. Tetapi,
kita????
Ramai
masyarakat kita pada hari ini sangat berbangga apabila boleh berkomunikasi
dengan bahasa Inggeris. Kalau boleh dengan semua orang dia hendak bercakap
menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi, bila ada perkataan-perkataan yang tidak
diketahui dalam bahasa Inggeris, dicampurnya pula dengan bahasa Melayu.
Begitulah masyarakat kita pada hari ini. Tidak habis-habis untuk
mengagung-aging bahasa asing. Bahasa sendiri tunggang-langgang. Baginya,
apabila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, orang lain akan kagum dengan dirinya.
Maaflah, kawan. Tiada hendak dibanggakan dengan bahasa penjajah itu.
Memang
bahasa Inggeris itu penting. Tetapi janganlah ketika bercakap dengan masyarakat
sendiri pun menggunakan bahasa asing. Kalau semua orang menggunakan bahasa
Inggeris, siapa pula hendak menggunakan bahasa Melayu? Tidak mustahil bahasa
Melayu akan hilang didunia ini juga penggunaannya tidak berleluasa.
Bukalah
mata wahai sahabat-sahabat sekalian. Tidak malukah kita bila golongan bangsa
asing bersusah payah, berlumba-lumba mempelajari dan mendalami bahasa kita? Tetapi
kita? Bukan hendak memartabatkan bahasa sendiri tetapi mengagungkan lagi bahasa
orang lain. Tepuk dada, tanyalah selera.
Ingatlah,
bahasa jiwa bangsa. Bahasa Melayu lambang jati diri orang Melayu. Bersamalah kita
bersatu pada untuk kembali memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke peringkat
antarabangsa.
Sesungguhnya,
BAHASA JIWA BANGSA
p/s:
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran... fikir-fikirkan dan
renung-renungkanlah..
No comments:
Post a Comment