Monday, 28 May 2012
Friday, 4 May 2012
Puisi & Lagu
Pada entry yang terakhir ini saya ingin berkongsi serba sedikit bahasa yang terdapat dalam sesebuah puisi.
Bahasa yang digunakan dalam sesebuah iu sangat mendalam serta indah kedengarannya. Kita memerlukan pemahaman yang sangat mendalam bagi memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penyajak.
Baiklah, kita baca dan hayati dahulu sajak dibawah ini:
Maksud sajak di atas ialah :
Bahasa yang digunakan dalam sesebuah iu sangat mendalam serta indah kedengarannya. Kita memerlukan pemahaman yang sangat mendalam bagi memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penyajak.
Baiklah, kita baca dan hayati dahulu sajak dibawah ini:
Sajak Keindahan Yang Hilang –
Shamsuddin Jaafar
I
Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.
Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.
Daun-daun
menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.
Malam
hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.
II
Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.
Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.
Undan
patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?
III
Bulan kini bukan menara kasih jernih
bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.
Bulan kini bukan menara kasih jernih
bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.
Rangkap
1: digambarkan burung undan tua berada dalam keadaan yang tidak
bermaya kerana tubuhnya
dicemari debu dan bulu-bulu carik.
Rangkap 2: dilukiskan pula tentang keindahan alam semula jadi yang dapat
Rangkap 2: dilukiskan pula tentang keindahan alam semula jadi yang dapat
menimbulkan kedamaian dan
kasih sayang.
Rangkap 3: digambarkan pula burung pungguk yang menanti kehadiran bulan dan
Rangkap 3: digambarkan pula burung pungguk yang menanti kehadiran bulan dan
bintang.
Rangkap 4: kemajuan yang dicapai oleh sains dan teknologi, manusia kini menganalisis
Rangkap 4: kemajuan yang dicapai oleh sains dan teknologi, manusia kini menganalisis
bulan melalui komputer, buku
dan data-data yang dikumpul, sehingga
manusia dapat menguasai
angkasa luas dan meneroka bulan yang selama
ini tidak pernah terimpikan.
Rangkap 5: penyair memaparkan segala macam kesan daripada penerokaan hutan
Rangkap 5: penyair memaparkan segala macam kesan daripada penerokaan hutan
sehingga menerbitkan pelbagai
pencemaran termasuk kejadian yang
meragut nyawa manusia yang tidak bersalah.
Rangkap 6: disimpulkan bahawa fungsi alam seperti bulan dan bintang yang asal ialah
Rangkap 6: disimpulkan bahawa fungsi alam seperti bulan dan bintang yang asal ialah
simbol kasih sayang tetapi kini telah hilang.
Sajak ini boleh disampaikan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah mendeklamasikannya dengan gaya yang biasa. Sebagai contoh:
Selain itu, sesebuah sajak itu, turut boleh dinyanyikan. Sebagai contoh:
Indah bukan bahasa yang digunakan dalam sajak. Bahasanya mempunyai maksud yang tersirat serta pelbagai gaya bahasa yang digunakan mengindahkan lagi sesebuah sajak itu.
KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG.
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI
Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA
p/s: sajak juga boleh dilakukan dengan melakonkannya, dinamakan sebagai puisidra....
Thursday, 3 May 2012
Kesalahan @ Kelalaian
Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) iaitu tempat saya menuntut ilmu selama tiga tahun ini akan mengadakan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-14 pada 7 hingga 9 Mei ini. Semua orang dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pesta konvo pada kali ini. Jom kita lihat benner yang telah disiapkan oleh pihak universiti.
Cantikkan banner ini. Pertama kali saya melihatnya, saya sangat terpesona. Akan tetapi, terdapat kesalahan bahasa yang pada banner tersebut. Anda semua boleh teka tidak apa kesalahan bahasa yang telah berlaku pada ayat dalam banner ini???
Kesalahan bahasa berlaku pada perkataan 'Ke 14'. Sebenarnya, untuk menunjukkan giliran, tanda (-) perlu diletakkan di antara perkataan 'ke' dengan angka. Sebenarnya, ejaan yang betul seperti ini Ke-14.
Nampak mudah sahajakan. Tetapi itulah hakikat yang sering dilakukan oleh masyarakat pada hari ini. Mungkinkah disebabkan sengaja dilakukan, terlepas pandang atau kelalaian??? Hanya pihak yang berkaitan yang dapat menjawabnya.
Sepatutnya perkara ini perlu dititikberatkan. UPSIkan merupakan sebuah universiti yang melahirkan guru daripada pelbagai bidang. Andai ini kesalahan yang sangat mudah dilakukan, apa pendapat orang luar ketika melihat banner ini? Mungkin persepsi mereka terhadap UPSI akan berubah.
Jadi, tepuk dada tanyalah selera.
Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA.
p/s: mesti banyak baju dijual pada pesta konvo nanti. Jom kita sama-sama memeriahkannya. :)
Cantikkan banner ini. Pertama kali saya melihatnya, saya sangat terpesona. Akan tetapi, terdapat kesalahan bahasa yang pada banner tersebut. Anda semua boleh teka tidak apa kesalahan bahasa yang telah berlaku pada ayat dalam banner ini???
Kesalahan bahasa berlaku pada perkataan 'Ke 14'. Sebenarnya, untuk menunjukkan giliran, tanda (-) perlu diletakkan di antara perkataan 'ke' dengan angka. Sebenarnya, ejaan yang betul seperti ini Ke-14.
Nampak mudah sahajakan. Tetapi itulah hakikat yang sering dilakukan oleh masyarakat pada hari ini. Mungkinkah disebabkan sengaja dilakukan, terlepas pandang atau kelalaian??? Hanya pihak yang berkaitan yang dapat menjawabnya.
Sepatutnya perkara ini perlu dititikberatkan. UPSIkan merupakan sebuah universiti yang melahirkan guru daripada pelbagai bidang. Andai ini kesalahan yang sangat mudah dilakukan, apa pendapat orang luar ketika melihat banner ini? Mungkin persepsi mereka terhadap UPSI akan berubah.
Jadi, tepuk dada tanyalah selera.
Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA.
p/s: mesti banyak baju dijual pada pesta konvo nanti. Jom kita sama-sama memeriahkannya. :)
Wednesday, 2 May 2012
Hebatnya dia......
Sebelum saya merepek lebih panjang, kita lihat dulu video bibawah ini.
Pertama
kali melihat video ini, ayat pertama yang keluar dari mulut saya ialah “HEBATNYA
DIA”. Mesti anda semua macam itu jugakan? Yalah, mana tidaknya, bangsa asing
boleh menyampaikan pidato dalam bahasa Melayu. Langsung tiada kesalahan di atas
struktur bahasa Melayu yang digunakan itu. Cuma pelatnya sahaja yang agak
kelihatan.
Saya
sangat kagum dengan saudara Hilal ini yang bersungguh-sungguh menyampaikan
pidatonya. Mungkin dia telah mengambil masa yang sangat lama untuk mendalami
bahasa Melayu agar dia dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik sekali. Begitu
semangat orang-orang asing seperti Hilal ini mempelajari bahasa Melayu. Tetapi,
kita????
Ramai
masyarakat kita pada hari ini sangat berbangga apabila boleh berkomunikasi
dengan bahasa Inggeris. Kalau boleh dengan semua orang dia hendak bercakap
menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi, bila ada perkataan-perkataan yang tidak
diketahui dalam bahasa Inggeris, dicampurnya pula dengan bahasa Melayu.
Begitulah masyarakat kita pada hari ini. Tidak habis-habis untuk
mengagung-aging bahasa asing. Bahasa sendiri tunggang-langgang. Baginya,
apabila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, orang lain akan kagum dengan dirinya.
Maaflah, kawan. Tiada hendak dibanggakan dengan bahasa penjajah itu.
Memang
bahasa Inggeris itu penting. Tetapi janganlah ketika bercakap dengan masyarakat
sendiri pun menggunakan bahasa asing. Kalau semua orang menggunakan bahasa
Inggeris, siapa pula hendak menggunakan bahasa Melayu? Tidak mustahil bahasa
Melayu akan hilang didunia ini juga penggunaannya tidak berleluasa.
Bukalah
mata wahai sahabat-sahabat sekalian. Tidak malukah kita bila golongan bangsa
asing bersusah payah, berlumba-lumba mempelajari dan mendalami bahasa kita? Tetapi
kita? Bukan hendak memartabatkan bahasa sendiri tetapi mengagungkan lagi bahasa
orang lain. Tepuk dada, tanyalah selera.
Ingatlah,
bahasa jiwa bangsa. Bahasa Melayu lambang jati diri orang Melayu. Bersamalah kita
bersatu pada untuk kembali memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke peringkat
antarabangsa.
Sesungguhnya,
BAHASA JIWA BANGSA
p/s:
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran... fikir-fikirkan dan
renung-renungkanlah..
Tuesday, 1 May 2012
Na na na na na Tranung Kiter...
Hari ini hari cuti am iaitu cuti
Hari Pekerja. Kepada semua pekerja-pekerja, saya ucapkan selamat bercuti. Pekerja
yang sepatutnya cuti, pelajar pun bercuti juga. Ya lahkan, kalau dah pekerja
(pensyarah/cikgu) bercuti sudah semestinya pelajar akan turut serta cuti sekali.
Kalau tidak, siapa yang hendak mengajar pelajar-pelajar semua?
Baiklah, sedang asyik melayan
cerita di youtube, saya pun terklik pada video lagu Blues Terengganu Kita
nyanyian kumpulan Iklim. Sebenarnya saya sudah lama tahu lagu ini. Lagu ini
khas untuk rakyat-rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Apabila mendengar lagu
ini, orang cakap, semangat keterengganuan muncul dalam diri saya dengan
tiba-tiba. Saya inikan anak jati negeri Terengganu.
Apa yang saya hendak ceritakan? Sabarlah
dulu sahabat. Mari, kita ‘layan’ lagu ini dulu.
Apa yang saya ingin kongsikan
bersama anda semua pada hari ini berkaitan dengan dialek Terengganu. Dialek Terengganu
mempunyai beberapa pecahan kepada subdialek-subdialek yang dituturkan oleh
rakyat Terengganu yang berlainan daerah. Antaranya ialah subdialek Terengganu, subdialek
Ulu Telemong, subdialek Kuala Berang, subdialek Ulu Nerus dan banyak lagi. Setiap
subdialek-subdialek yang terdapat dalam dialek Terengganu berbeza antara satu
sama lain dari segi bahasa mahupun perkataan yang diujarkan.
Baiklah, saya akan senaraikan
beberapa perkataan yang dituturkan dalam subdialek Terengganu dengan subdialek Ulu
Nerus.
Dialek Terengganu
|
Dialek Ulu Nerus
|
Bahasa Melayu Standard
|
aku
|
akau
|
aku
|
dapo
|
dapao
|
dapur
|
gigi
|
gigai
|
gigi
|
mung
|
maông
|
mu (kamu)
|
gigeq
|
gigaiq
|
gigit
|
Selain itu, terdapat satu lagi ciri
lain yang membezakan subdialek Ulu Nerus dengan subdialek Kuala Terengganu
iaitu penyebutan [a] dalam bahasa Melayu standard. Cara penyebutan [a] bagi
subdialek Ulu Nerus ialah [ô] manakala bagi subdialek Kuala Terengganu cara
sebutannya ialah [ě]. [ê] untuk subdialek Ulu Telemong.
Walau apa-apa pun perbezaan dalam subdialek-subdialek yang ada dalam dialek Terengganu, kita sebagai anak jati Terengganu janganlah malu untuk menggunakan dialek tersebut. Walaupun ada suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa dialek Terengganu adalah bahasa yang paling kasar, kita abaikan sahaja. Hal ini demikian kerana, dialek Terengganu merupakan lambang kepada kita sebagai rakyat/penduduk di negeri Terengganu. Pepatah ada menyatakan bahawa bahasa menunjukkan bangsa.
Akan Tetapi, penggunaan dialek Terengganu hendaklah digunakan sesuai dengan masa dan konteksnya. Contohnya, kita boleh bercakap menggunakan dialek Terengganu dengan sesiapa yang juga bertutur menggunakan dialek Terengganu atau sesiapa yang boleh memahami dialek Terengganu. Penggunaan dialek boleh digunakan dalam situasa yang tidak formal.
Berkomunikasi dengan menggunakan dialek sangat digalakkan. Akan tetapi, kita janganlah melupakan terus penggunaan bahasa Melayu standard. Semasa bercakap dengan orang berlainan asal-usul, kita digalakkan menggunakan bahasa Melayu standard. Selain itu, kita amat digalakkan menggunakan bahasa Melayu standard dalam apa-apa juga situasi yang berbentuk formal.
Oleh itu, sebagai seorang rakyat yang mempunyai dialek-dialek yang tersendiri, kita janganlah melupakan dialek tersebut disamping masih mengekalkan penggunaan bahasa Melayu standard. Tepuk dada, tanyalah selera!!!!
Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA
p/s: ning aku nok kabo ke mung, aku bangge jadi anok jati Trengganung!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)