Perancangan bahasa merujuk kepada usaha untuk memupuk, membaiki dan mengembangkan sesuatu bahasa ke arah bahasa moden. Antaranya ialah:
- membuat keputusan dasar tentang bahasa
- menyeragamkan variasi bahasa dan memupuk usaha pengembangan bahasa
- meninjau semula hasil dan kesan aktiviti perancangan bahasa
- mengumpulkan data dan menyusun strategi untuk memajukan bahasa
Antara ketiga-tiga aktiviti perancangan bahasa tersebut, saya hanya memilih satu sahaja untuk memperincikan dengan menyeluruh. Saya memilih Perancangan Taraf Bahasa.
Perancangan taraf bahasa
Perancangan taraf bahasa merujuk kepada usaha meluaskan
dan meningkatkan taraf penggunaan atau peranan bahasa dalam masyarakat. Di Malaysia,
usaha ini melibatkan pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
rasmi dan bahasa penghantar dalam sistem pendidikan negara.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
menetapkan bahawa;
“Bahasa
kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen”.
Penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
disertai dengan syarat-syarat seperti berikut:
- · Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud selain maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
- · Selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
- · Selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskah yang sahih:
§
Bagi segala Rang Undang-undang yang hendak
dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana
Majlis Parlimen
§
Bagi segala Akta Parlimen dan segala
perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam
bahasa Inggeris
- · Selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbicaraan dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris.
Antara perkara penting yang termaktub dalam Perkara
Perlembagaan Malaysia termasuklah:
- · Pertimbangan sewajarnya untuk mewujudkan satu bahasa rasmi negara iaitu bahasa Melayu.
- · Pertimbangan sewajarnya untuk memelihara bahasa ibunda kaum lain yang tinggal di negara ini supaya tidak ditindas, iaitu bahasa ibunda masing-masing boleh digunakan dalam hal tidak rasmi tau tidak formal dan pemelajaran bahasa ibunda tidak dilarang.
- · Penukaran bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kepada bahasa Melayu dilakukan secara beransur-ansur untuk membolehkan bahasa Melayu berkembang sebelum dapat mengambil tugas bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa kebangsaan atas
dasar bahasa Melayu merupakan:
- · Bahasa kaum majoriti negara ini
- · Bahasa yang menjadi alat komunikasi antara kaum
- · Bahasa kaum peribumi yang telah meluas penggunaannya.
Tujuan bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan
adalah untuk:
- · Mencapai integrasi nasional
- · Mewujudkan identiti nasional melalui bahasa Melayu
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 menguatkuasakan
pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, iaitu semua urusan kerajaan
sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa awam
mesti menggunakan bahasa Melayu.
Akta ini memberikan beberapa kekecualian kepada maksud “rasmi” dengan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membenarkan penggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara tertentu seperti yang berikut:
Akta ini memberikan beberapa kekecualian kepada maksud “rasmi” dengan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membenarkan penggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara tertentu seperti yang berikut:
- · Undang-undang
- · Hubungan dengan negara asing
- · Latihan yang disampaikan oleh pakar asing
- Urusan Jabatan Hasil Dalam Negeri dalam perkara-perkara tertentu seperti yang berikut
- laporan, preskripsi dan arahan pembedahan
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dinyatakan dalam Laporan
Razak (1956) dan kemudian dipertegas dalam Laporan Rahman Talib (1960)
memperakukan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan negara.
Laporan Razak mengesyorkan:
- · Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan syarat bantuan oleh kerajaan kepada semua sekolah
- · Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan Sijil Rendah dan Sijil Pelarajan Kebangsaan
Laporan Rahman Talib mengesyorkan supaya kelulusan dalam
bahasa Melayu sebagai syarat wajib untuk memasuki mana-mana skim latihan
perguruan.
Dasar bahasa Melayu di universiti tempatan pula
mewajibkan pelajar yang mengikuti pengajian di universiti mestilah mendapat
kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia.
Akta Pendidikan 1996 mengekalkan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama untuk semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan
kebangsaan, kecuali sekolah jenis kebangsaan. Bagi institusi pendidikan yang
bahasa penghantar utamanya bukan bahasa Melayu, bahasa Melayu hendaklah
diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.
Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA
p/s: perincian terhadap dua lagi aktiviti perancangan bahasa tersebut akan saya pertimbangkan. heheheheh
Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA
p/s: perincian terhadap dua lagi aktiviti perancangan bahasa tersebut akan saya pertimbangkan. heheheheh