Pada
petang tadi, saya membelek-belek buku Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Tiada
apa yang saya cari. Sekadar memenuhi masa lapang.
Saya
pun tertarik dengan satu bahagian dalam buku ini iaitu bahagian UNSUR ASING
DALAM BAHASA MELAYU.
Inti
pati dalam Peminjaman Bahasa asing:
- · Bahasa Melayu mula menerima pengaruh bahasa sejak zaman bahasa Melayu kuno lagi.
- · Pada mulanya, bahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Apabila Islam bertapak di Alam Melayu, bahasa Melayu turut dipengaruhi oleh bahasa Arab. Seterusnya, bahasa Melayu turut dipengaruhi oleh bahasa yang dibawa oleh penjajah seperti bahasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
- · Salah satu cirri Bahasa Melayu ialah bersifat dinamik yang mana mudah menerima pengaruh bahasa asing agar bahasa Melayu dapat terus hidup dan berkembang dengan meluas.
- · Peminjaman bahasa asing telah memperkayakan kosa kata bahasa Melayu
- · Peminjaman bahasa asing dilakukan melalui peminjaman terus serta penterjemahan.
- · Peminjaman terus merujuk kepada menyesuaikan ejaan dan sebutan sesuatu kata asing dengan system bahasa Melayu.
v psychology
(bahasa Inggeris) – psikologi (bahasa Melayu)
- · Peminjaman terjemahan pula merujuk kepada dengan mengambil makna atau konsep perkataan bahasa asing itu, kemudian makna atau konsep tersebut diberi padanannya dalam perkataan Melayu.
v Perkataan
daya pengeluaran (bahasa Melayu) diterjemahkan daripada perkataan productivity(bahasa Inggeris)
- · Terdapat beberapa sebab bahasa Melayu perlu meminjam perbendaharaan kata bahasa asing. Antaranya ialah:
v Keperluan
untuk menamakan sesuatu benda, konsep atau fenomena baru.
v Sikap
mengagungkan bahasa asing sehingga perkataan Melayu dianggap lapuk atau tidak
bergaya.
v Kekerapan
penggunaan perkataan asing yang lebih tinggi berbanding penggunaan perkataan
dalam bahasa Melayu.
v Untuk
mengatasi masalah sinonim.
v Perancangan
bahasa Melayu untuk menjadi bahasa moden.
- · Peminjaman bahasa biasanya berlaku disebabkan oleh pertembungan budaya seperti perniagaan, perdagangan, peperangan, penjajahan politik, perhijrahan, pendidikan dan penyebaran agama.
- · Antara unsur bahsa asing yang diambil oleh bahasa Melayu ialah bunyi bahasa asing, sistem tulisan, imbuhan, kosa kata umum, istilah, peribahasa dan struktur ayat.
Pada
entry akan datang, saya akan
menunjukkan contoh bahasa asing yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Sesungguhnya,
BAHASA JIWA BANGSA.
p/s:
banyak juga bahasa asing dalam bahasa kita ini ya. hehehe
No comments:
Post a Comment