Tuesday 24 April 2012

Jenis bahasa asing dalam bahasa Melayu


Pada entry saya yang bertajuk Kenapa ada bahasa asing dalam Bahasa Melayu, saya telah menceritakan serba sedikit tentang sebab-sebab peminjaman bahasa asing. Pada entry kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit antara bahasa menjadi unsur pinjaman kepada bahasa Melayu.

Antara bahasa asing menjadi sumber pinjaman bahasa Melayu ialah Sanskrit, Arab, Parsi, Jawa, Cina, Tamil, Portugis, Belanda dan Inggeris.

Bahasa
Perkataan/imbuhan
Sanskrit
1.      Kosa kata : bahasa, cinta, bahu, guni, dinihari, emas, gergaji,  ayah, angsana, angkasa, asmara
2.   Imbuhan : ekabahasa, dwibahasa, mahaguru,swasta, pramerdeka, tatacara, angkasawan, seniman, olahragawati, biduanita
3.      Bunyi : /dw/ seperti dwibulanan, /sw/seperti swasta, /sy/seperti syurga.
 Arab
1.        Kosa kata : baligh, ahli, akal, adil, akad, umat, akhirat, haiwan, murtad, maaf, takziah.
2.       Imbuhan : hajah, hadirat, abadi, alamiah, hadirin, duniawi
3.       Bunyi : /dh/seperti hadhirat, /gh/seperti ghaib, /sy/seperti nusyuz, /th/seperti thahbit
Parsi
1.      Kosa kata : agar, badam, bahari, firasat, kahwin, lawak, pahlawan, lazuarsi, rubah, sakar, sundusi, syahbandar, takhta.
2.      Imbuhan : bilazim, biadab, bitara
Jawa
1.      Kosa kata : adegan, enak, lempeng, gado-gado, oleh-oleh, pamer, soto, tulen, pasrah, lumayan, wenang.
Cina
1.      Kosa kata : kung fu, sempoa, camca, cawan, tanglung, beca, abah, amoi, apek, encik, bohsia, kuaci, lobak, popia, angpau, loteng, tokong
Tamil
1.      Kosa kata : apam, bedil, candi, cuci, emak, gudang, kuil, kuli, macam, pondan, putu, ragam, ranggi, seloka, tandil, tembikai, tirai.
Portugis
1.      Kosa kata : armada, baldi, bendera, keju, bomba, meja, sekolah, sepatu, tembakau, tinta, tuala
Belanda
1.      Kosa kata : balkoni, buncis, dansa, engsel, kronis, kamar, komentar, kontan, korupsi, laci, pam, rokok, senapang.

Terdapat satu lagi bahasa asing yang menjadi unsur asing serta sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu iaitu bahasa Inggeris. Saya akan memperincikan unsur pinjaman bahasa Inggeris dengan lebih mendalam pada entry yang seterusnya.

Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA.

p/s: banyak lagi perkataan-perkataan bahasa asing yang terdapat dalam bahasa Melayu kita. Hanya itu yang terdaya saya menulisnya. Hehehe

No comments:

Post a Comment