Tuesday, 3 April 2012

Bahasa Melayu Klasik


.


Sebermula, tersebutlah pula cerita Tuanku Gombang malim Dewa. Ada selangnya sebulan menabalkan anakanda baginda itu, maka baginda pun geringlah terlalu sangat. Beberapa pula dicarikan oleh anakanda baginda tabib akan mengubati ayahanda baginda tiada juga mahu betah, makin bertambah-tambah sahaja geringnya. Selang antara tiada beberapa lamanya Tuanku Gombang Malim Dewa gering itu berlakulah hukuman Allah subhanahu wataala lalulah mangkat. Maka baginda laki isteri dan bondanya menangislah terlalu sangat, bergemuruhlah bunyinya ratap tangisan isi istana itu. Telah sudah selesai bertangis-tangisan itu masuklah berhimpun segala orang besar menghadap baginda. Maka lalulah dimakamkan seperti adat jara besar-besar.
Sedang asyik menyiapkan tugasan bagi kursus Karya Agung, saya tertarik dengan bahasa yang digunakan dalam Hikayat Malim Deman iaitu bahasa Melayu Klasik. Antara petikan dalam hikayat tersebut:











Berdasarkan petikan tersebut, saya dapati banyak perbezaan antara aspek tatabahasa bahasa Melayu Klasik dengan tatabahasa bahasa Melayu Moden atau lebih dikenali sebagai bahasa Malayu standard.

Antara perbezaannya ialah
       1.      Penggunaan perkataan
          (a)    Bahasa Istana – santap, beradu, gering, bersiram
          (b)   Kosa kata klasik – masygul (dukacita), berahi (cinta)
          (c)    Kata pangkal ayat ( perdu ayat) – alkisah, sebermula, maka
          (d)   Partikel @ kata penegas – batu pun habis terpelanting, masuklah, sangatlah
          (e)    Kosa kata daripada bahasa Arab – Allah Taala, makhdum, daulat
       2.      Imbuhan
           Imbuhan mar (bahasa Melayu Kuno) ditukarkan menjadi ber. Contohnya,
                  Marlapas – berlepas
                  Niparwuat – diperbuat
       3.      Sintaksis Bahasa Melayu Klasik
           (a)    Ayat majmuk yang panjang, bertela-tela dan kata-kata yang tidak berfungsi dalam penulisan.   
                 Contohnya:
Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan si anak peladang itu, mesralah di hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruhperbela akan dia baik-baik.
           (b)   Ayat songsang. Contohnya:
Maka berperanglah Feringgi dengan orang Melaka.
          (c)    Ragam ayat pasif. Contohnya:
Maka dilihatlah tanah negara bukit menjadi seperti warna emas.

Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA

p/s: susah hendak memahami petikan yang menggunakan bahasa Melayu Klasik sampai tertidur. hehehe

1 comment:

  1. Alkisah saya amat berminat dengan bahsa Klasik. Arakian setelah lama tidak menggunakannya.

    ReplyDelete