Perkataan lain yang boleh digunakan sebagai definisi ialah
- maksud
- takrifan
- ertinya
Entry kali ini, saya akan menjelaskan definisi bagi bidalan, pepatah-petitih, kata-kata pujangga, hadis Melayu, perbilangan, gurindam, seloka, tamsil, peribahasa, simpulan bahasa, ibarat dan perumpamaan. Untuk menjelaskan lagi maksudnya, saya akan memberikan satu contoh yang sesuai.
BIDALAN
Definisi- kata-kata yang sering disebut dan mempunyai nasihat serta pengajaran di dalamnya (Kamus Dewan). Selain itu, bidalan juga boleh merujuk susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat dimulut orang ramai'. Abdullah Hassan menyatakan bahawa bidalan adalah sebuah peribahasa yang berfungsi untuk memberi nasihat kepada seseorang.Contohnya : jika kail panjang sejengka;, lautan dalam jangan diduga
PEPATAH-PETITIH
Definisi - kalimat-kalimat yang dapat
mematahkan dan mengiaskan sesuatu keadaan dalam kehidupan masyarakat. Menurut
Rubiah Aksah (2005: 174), pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka
adat resam MelayuContohnya: pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
PERBILANGAN
Definisi - mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan. Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.
Contohnya: bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
GURINDAM
Definisi: sejenis puisi lama yang terdiri daripada dua baris atau kalimat. Baris pertama tersimpul fikiran berupa soalan dan baris kedua berupa jawapannya. Gurindam boleh digolongkan kepada gurindam dua baris, gurindam serangkap empat baris dan gurindam bebas. Menurut Za'ba,1962 di dalam karyanya Ilmu
mengarang Melayu, perkataan gurindam itu berasaldaripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil.
Ertinya biasa di fahamkan rangkap yang telahmenjadi bidalan atau
sebutan biasa pada orang ramai ataupun sesuatu pepatah berangkap yang
disebutkan berpadanan dengan tempatnya. Selain itu menurutnya lagi, gurindam itu adalah padat dan bernas. Ianya
dihasilkan sebagai bahan nyanyian, jenaka, gurau senda dan sindiran.Contohnya:
Gurindam Baris Hadapan
Tidak berbuat walaupun tahu,
Diambil pengayuh dibuang perahu.
Tidak tahu tapi berbuat,
Kayu perahu di atas darat.
Banyak bercakap tak baca buku,
Macam membawa duit tak laku.
Kurang berfikir rajin membangkang,
Bila-bilapun di baris belakang.
Jika ilmu dikaji teliti,
Di sungai cabaran tersedia titi.
Ilmu dituntut dengan tabah,
Yakin diri bertambah-tambah.
Membaca buku karangan tokoh,
Bagai berpaut di dahan kukuh.
Kembang ilmu tegap wibawa.
Seluruh rakyat tidak kecewa.
Rahman Shaari
SELOKA
Definisi: sejenis puisi Melayu Tradisional yang berbentuk karangan berangkap yang mengandungi unsir ejakan, giatan, sindiran, jenaka atau gurau senda dan digunakan untuk menyindir sambil belajar (Nik Hassan Basri Nik Ab Kader).
Contohnya:
SELOKA PAK KADUK
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
peribahasa
Definisi: susunan kata yang pendek yang mempunyai makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya (Za'ba).Contohnya: beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
seperti kacang lupakan kulit
adat bersendi syarak, syarak bersendi adat
SIMPULAN BAHASA
Definisi: rangkaian perkataan yang tetap tersimpul atau terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang berlainan daripada asal. Abdullah Hussein pula menyatakan bahasa simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok perkataan tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud lain daripada erti yang lazim.Contohnya: panjang tangan
buku besi
kaki bangku
mulut murai
buruk siku
PERUMPAMAAN
Definisi: peribahasa yang mempunyai makna dua lapis. Ada kalanya perumpamaan disebut sebagai bahasa kiasan atau kias ibarat. Za'ba telah membahagikan perumpamaan kepada dua jenis, iaitu:1. Perumpamaan yang menyebutkan perbandingannya.
Maksudnya - perumpamaan jenis ini menggunakan perkataan perbandingan seperti bagai. laksana,
seperti, umpama, seolah-olah, dan lain-lain lagi di awal perumpamaan tersebut.
Contohnya: seperti tanduk bersendi daging
ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya
hidup sandar-menyandar, umpama aur dengan tebing
2. Perumpamaan yang tidak menyebutkan perbandingannya.
Maksudnya - perumpamaan yang tidak menggunakan kata perbandingan di awal perumpamaan.
Contohnya: siapa yang makan lada, dialah yang terasa pedasnya
sambil menyelam minum air
tamsil
Definisi: kiasan asal yang diperluaskan dengan panjang lebar lagi. Tamsil mengandungi beberapa isi pengajaran, nasihat, teladan serta pemikiran yang bernas.Contohnya: bawa resmi padi, semakin berisi semakin tunduk
tua-tua keladi, makin tua makin menjadi
ada ubi ada batas, ada budi ada balas
IBARAT
Definisi: kiasan yang menggunakan perkataan 'ibarat' untuk membuat perbandingan sesuatu perkara. Hal ini bertujuan untuk menjadikan maksudnya bertambah nyata.Contohnya: ibarat bunga, segar dipakai layu dibuang
bagai anak ayam kehilangan induk, selalu saja dalam kebingungan
KATA-KATA PUJANGGA
Definisi:Contohnya:
HADIS MELAYU
Definisi:Contohnya:
No comments:
Post a Comment