Monday, 12 March 2012

Apa Nak Panggil erkkk!!!!

Bertemu kembali kita dalam ruangan Indahnya Bahasa Kita yang mendiskusikan tentang hal-hal, fakta-fakta, cerita serta isu-isu yang berkaitan dengan bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu. 


     "Tu diaa ayat intro(loghat Kedah), bunyinya dah macam Fara Fauzana mengacara slot NONA kat TV3 pulak". Jangan marah ya, saudara-saudari sekalian. Biasalah, hendak melawak sekali-sekala. Baru best anda semua hendak menyelongkar intipati entry saya kali ini.


      Baiklah, hari ini saya hendak berkongsi dengan anda tentang sistem panggilan bagi orang-orang yang pertama kali kita jumpa dimana-mana tempat atau ingin berurusan dengan seseorang yang tidak kita kenali dengan menggunakan bahasa yang betul.


     Jika anda ingin melakukan sesuatu urusan disesuatu tempat, tetapi anda tidak tahu bagaimana hendaklah memulakan urusan tersebut. Jika tidak tahu, maka kita hendaklah bertanya kepada seseorang. Bak kata pepatah 'malu bertanya sesat jalan'. Apabila sudah ada sasaran untuk bertanya, macam mana pula hendak memulakan perbualan. Mesti ada semua masa tu tengah garu-garu kepala yang tidak gatal sambil memikirkan "apa aku nak panggil orang nie erkk". Sudah tidak tahu nak panggil orang itu apa, anda semua pun main belasah saja panggil orang itu dengan gelaran apa-apa sahaja yang melintas di fikiran anda. Betul tidak? Tak usah nak bohonglah. Saya pun pernah mengalaminya juga.


      Sebenarnya, hendak memulakan perbualan dengan seseorang yang kita tidak kenali, ada peraturan atau sistem panggilan yang mesti kita ikuti. Hal ini kerana, kita perlu bersopan santun dengan menggunakan bahasa yang betul semasa berkomunikasi dengan orang tidak dikenali supaya kita tidak dianggap bersikap kurang ajar. Jika kita hendak menggelarkan status seseorang itu, kita hendaklah melihat suasana persekitaran pada waktu tersebut, cara pakaian orang yang hendak ditegur dan sebagainya. 


     Sebagai contoh, anda ingin bertanya kepada seseorang yang pada waktu itu dia sedang memakai baju kemeja disertai dengan kot. Adalah sangat mustahil jika anda semua memanggil orang itu sebagai "pak cik". Hal ini kerana cara berpakaian juga dapat menggambarkan status atau keperibadian seseorang itu.


Barkait dengan tajuk entry saya pada kali ini, saya ada satu cerita. Cerita ini adalah benar, bukan rekaan saya sendiri. Bukan juga saya menciplak idea orang lain. Kisah yang hendak saya kongsikan dengan anda berlaku pada tiga hari yang lepas. Hari apa? Pepandai andalah hitungnya.


Kisahnya berbunyi macam ini....


     Selepas aku habis kelas pada pukul 11 pagi, aku dan geng sahabat pergi ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk menyelesaikan sesuatu urusan. Semasa sampai di hadapan pejabat am fakulti tersebut, ada beberapa orang pelajar lain sedang berurusan dengan kerani. Sementara menunggu giliran, aku duduk di bangku yang telah disediakan oleh pihak fakulti sambil bermain permainan di dalam henpon telefon bimbit. 


     Sedang leka dengan telefonku, tiba-tiba aku terpandang seorang pelajar berlegar-legar di kali lima fakulti tersebut sambil memegang sebuah fail. Pelajar itu seolah-olah sedang mencari sesuatu. Mana tidaknya, sekejap ke hulu, sekejap ke hilir. Sudah macam melakukaan ibadat Saie pulak aku melihatnya. Aku agak yang pelajar ini mesti pelajar semester satu. 


     Penat agaknya ke hulu dan ke hilir, pelajar itu pun berhenti betul-betul dihadapanku. Jaraknya hanya 5 langkah sahaja. Aku melihatnya dan memberikan satu senyuman. Yelah kan, senyum itu kan satu sedekah. Tetapi pelajar itu buat tidak tahu sahaja. Mukanya ketat semacam saja. Hampeh betul lah. Sudahnya, aku pun buat tidak tahu saja.


     Beberapa minit kemudian, aku melihat dekan fakulti bahasa berjalan menuju ke pejabat am. Semasa dekan melalui laluan antara aku dengan pelajar tersebut. Tanpa banyak soal, pelajar tersebut pun menyapa dekan tersebut.


     Aku mendengar akan pertanyaan pelajar itu. Dalam hatiku "uiih, biar betul budak, dia panggil dekan tu pak cik". Memang berani betullah budak ini panggil dekan dengan panggilan sebegitu. Masa itu aku tengok air muka dekan sudah berubah. Tadi senyum sampai ke telinga, sekarang sudah serius semacam. Mungkin perasaan terkejut dan marah sedang bercampur ketika itu. Mana tidaknya, sudahlah salam tidak diberi. Panggil pula dengan panggilan "pak cik".


     "Itu", kata dekan sambil ibu jarinya menunjuk ke arah pejabat am. Tanpa berlengah dekan terus berlalu.


     Terkejut aku melihat situasi itu. Aku respact hormat betul dengan dekan ini. Mana tidaknya, dia langsung tidak marah orang panggilnya "pak cik". Pada pelajar ini pula, aku anggap dia ini kurang beradap dan kurang berbudi bahasa.


     Setelah dekan berlalu, aku menghampiri pelajar itu. "Awak tidak sepatutnya panggil dekan dengan geleran "pak cik". Dia ada pangkat, awak harus hormat dia."


     Pelajar itu terkejut mendengar kata-kataku. "Maaf, saya tidak tahu, saya pelajar baru disini," katanya sambil menundukkan wajah kebawah.


     "Tidak mengapalah. Tapi, lain kali awak mestilah bersopan ketika menegur seseorang. Kalau awak kurang jelas akan status kedudukannya, sekurang-kurangnya awak boleh memanggilnya dengan panggilan "encik". Barulah nampak sopan dan tidak kurang ajar." Dengan panjang lebar aku menasihatinya.




Jadi, sekiranya kita hendak bertanya kepada seseorang, cukup dengan panggilan "encik" bagi leleki dan "cik" bagi perempuan kita gunakan semasa menyapa seseorang. Selain itu, jika kita berada di pasar dan ingin membeli barang daripada peniaga yang sudah berumur, wajarlah kita memanggilnya "pak cik" atau "mak cik".


     Anda semua mesti ingat, sistem panggilan ini tidak boleh dibuat sesuka hati. Jika salah digunakanm kita boleh dianggap sebagai seorang yang bersifat kurang ajar. Hal ini kerana, terdapat sesetengah orang yang berpangkat sangat mementingkan panggilan pangkat yang diperolehinya. Contohnya, seseorang penyarah yang sudah dapat gelaran doktor falsafah (PhD). Mereka sangat mementingkan gelaran "dr" tersebut. Hal ini demikian kerana, panggilan "dr" baginya adalah suatu penghargaan kepadanya kerana dia terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan gelaran tersebut.


      Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati menggunakan sistem panggilan semasa berkomunikasi.


Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA..


p/s: "pak cik, bagi saya bawang merah sekilo"....





No comments:

Post a Comment