Wednesday, 7 March 2012

Bahasa Slanga Perosak Identiti Bangsa Kita

"Wassup, geng.. Ape cer? Ada sihat ka? Mesti lu orang tengah tunggu gua update blog gua kan.. Wa pun tengah bengong campur pening-pening lalat sekarang nie. Ape cer la gua nk story kat lu orang dalam blog gua nie."


     Hah, Macam mana kawan-kawan, ayat saya guna? Faham atau tidak? Mesti tidak fahamkan. Mesti anda semua cakap macam ini.
          
                      "apa hal lah budak ini mengarut. Guna bahasa yang entah apa-apa. Dah tidak betul 
                                                            agaknya budak ini kan..."


     Saya sudah agak yang anda semua akan cakap macam ini. Jangan hendak tipulah. Tidak mengapa. Saya tidak ambil hati pun. Sebenarnya, bahasa yang saya gunakan itu adalah bahasa slanga. Baiklah entry saya kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai bahasa slanga.


     Apa itu bahasa slanga? Apa siapa-siapa hendak menjawabnya?

     Hah? Apa? Bahasa yang dituturkan oleh kaum slanga???

     Errrkkkk.... Ada ke kaum slanga di muka bumi ini? Sepanjang hayatku, inilah kali pertama aku mendengarnya.

     Bukan macam itulah kawan. Bahasa slanga ini ialah bahasa yang kebiasaannya dituturkan oleh puak-puak golongan-golongan mat-mat rempit. Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1511), bahasa slanga merujuk kepada kata-kata atau ungkapan-ungkapan yang tidak tergolong dalam bahasa baku. Bahasa slanga ini digunakan dalam percakapan yang tidak rasmi. Sebagai contoh, terdapat sesetengah orang bercakap menggunakan bahasa slanga apabila berkomunikasi dengan kawan-kawan rapatnya. Bahasa slanga bukanlah bahasa yang dituturkan oleh semua masyarakat Malaysia kerana bahasa slanga bukan bahasa rasmi.


     Akan tetapi, terdapat golangan yang sangat "mengutamakan" penggunaan bahasa slanga ini berbanding bahasa Melayu standard. Golongan ini tidak lain ialah golangan mat-mat rempit. Selain itu, ada juga yang menggelarkan bahasa slanga ini sebagai bahasa mat rempit.


Add caption


     Sebenarnya, bahasa slanga inilah yang menyebabkan bahasa Melayu kita menjadi rosak. Mana tidaknya. Semakin ramai anak-anak muda sekarang ini bertutur dengan menggunakan bahasa slanga. Kalau mereka hanya menggunakannya semasa berinteraksi dengan kawan-kawanya, masih boleh diterima. Yang parahnya, mereka turut menggunakan bahasa tersebut ketika di sekolah, menulis karangan dalam bahasa slanga, bercakap dengan orang-orang yang lebih tua. Bukankah bahasa slanga itu nampak tidak sopan, kurang ajar dan sebagai. 


     Tanpa kita sedari, penggunaan bahasa slanga yang berleluasa telah menyebabkan identiti kita sebagai bangsa Melayu telah tercemar. Pernahlah anda dengar ungkapan "Bahasa Jiwa Bangsa"? Sebenarnya bahasa yang kita gunakan adalah lambang identiti kita atau keperibadian kita. Jika bahasa yang kita gunakan bersifat kurang ajar atau tidak sopan, maka secara tidak langsung identiti kita turut menjadi tidak sopan. 


      Kesannya, masyarakat dari negara luar akan memandang rendah akan martabat kita sebagai bangsa Melayu. Mereka tidak yakin untuk menjalankan apa-apa urusan dengan kita. Bukankah ini akan merugikan negara khususnya dalam urusan ekonomi?


     Jawapannya, hanya anda yang merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan sahaja yang boleh menjawabnya. Jika kita terus merosakkan bahasa kita, maka akan rosaklah identiti bangsa kita. Sebaliknya, jika kita menjaga maruah bahasa Melayu standard, maka masyarakat luar akan menghormati kita sebagai bangsa Melayu. Renung-renung dan fikir-fikirkanlah.


    Sesungguhnya BAHASA JIWA BANGSA. Jika hilangnya bahasa, maka hilanglah bangsa.




p/s:  tepuk dada, tanya selera. 
       Ermm, "wahai dada, apa kata malam ni kita makan biskut kering cecah air milo. Sedap tu"

No comments:

Post a Comment