Wednesday 21 March 2012

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia???


Petang tadi, saya mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kawan saya yang kini sedang belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM). SMSnya berbunyi:

Salam. Tihah, ak nak tnya skit ni. Org skrg sebut pnggilan bhsa Melayu ke bhsa Malaysia???
     Tidak dapat dinafikan lagi yang ramai masyarakat pada hari ini masih lagi keliru dengan sistem panggilan untuk bahasa Melayu. Kita kena sebut bahasa Melayu  atau bahasa Malaysia?

    Untuk pengetahuan semua, bahasa Melayu dengan bahasa Malaysia sebenarnya adalah sama sahaja. Yang membezakannya hanyalah peristilahan sahaja.

   Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda bagi orang-orang Melayu yang tinggal di Kepulauan Melayu khususnya Malaysia, Thailand Selatan, Samatera, Kepulauan Riau dan beberapa daerah di Borneo. Di Malaysia, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan. Akan tetapi terdapat permasalahan kecil dari segi penerimaan dan pemakaian bahasa tersebut terutama bagi kalangan orang bukan Melayu.

    Dalam usaha melaksanakan bahasa kebangsaan, peristiwa perbalahan pada 13 Mei 1969 telah membawa perubahan nama bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia. Alasan pertukaran nama tersebut bagi mengelakkan orang bukan Melayu beranggapan bahasa bahasa Melayu kepunyaan atau hak milik orang Melayu sahaja.

   Walaubagaimanapun, bahasa Melayu tetap kekal digunakan di dalam perlembagaan kita sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia pula merupakan suatu istilah yang bertujuan menyatukan semua kaum yang terdapat di Malaysia.

Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA

p/s: jika entry ini ada kesalahan fakta, tolong tinggalkan komen anda.. terima kasih!!!  :)


No comments:

Post a Comment