Bahasa terbalik ialah bahasa yang menggunakan perkataan berakas (terbalik) daripada maksud yang dikehendakkan dan orang faham akan maksudnya. Maksud yang ingin disampaikan apabila menggunakan bahasa terbalik adalah lawan atau keterbalikkan daripada apa yang dituturkan.
Kebiasaanya bahasa terbalik ini digunakan oleh para ibu untuk memarahi anaknya.
Emak : Doh ning bakpe pulok mung nagih nie,
Dolloh eh??
Dollah :
Jatuh pokok mok eh. (sambil menangis teresak-esak)
Emak : Gi lah
panjat lagi. Panjat tinggi-tinggi gitu.
Dollah : Mok
ning, orang tengoh sakit gini, ye bleber pulok.
Emak : Mok dok maroh bakpe. Tadi
mok maroh doh kang, jangang panjat
pokok tu. Mu panjat jugok. |
Sekiranya si ibu melarang anaknya melakukan sesuatu yang merbahaya, si anak tidak akan mengendahkan larangan itu. Sebaliknya, si anak tetap juga melakukannya. Tetapi, apabila si ibu menggunakan bahasa terbalik, si anak tidak pula melakukan perbuatan yang ingin dilakukannya.
Inilah salah satu ragam bahasa kita. Indahkan....
Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA
*************************
p/s: apabila dilarang, dia lakukan. bila suruh lakukan, dia tidak lakukan... ermmm.. pelik-pelik
No comments:
Post a Comment