Tuesday 6 March 2012

Bahasa SMS mengotorkan Bahasa Standard

Percaya atau tidak, hampir keseluruhan lapisan masyarakat pada hari tidak kira tua atau muda sudah memiliki henpon telefon bimbit sendiri. Tidak percaya? Cuba anda tanya adik anda yang masih belajar di sekolah rendah. Tipulah kalau mereka kata mereka tidak miliki telepon bimbit sendiri. Bahkan, telepon bimbit mereka lebih canggih daripada telefon bimbit anda. 


     Entry kali ini, saya tidak ingin sama sekali berbicara tentang jenis telefon bimbit, kecanggihan telefon bimbit atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan telefon bimbit. Sebaliknya, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai bahasa sistem mesej ringkas (SMS) yang digunakan oleh semua orang yang memiliki telefon bimbit. 


     Kebanyakan ahli bahasa mengatakan bahawa bahasa SMS telah mencemarkan atau mengotorkan bahasa Melayu standart. Hal ini kerana bahasa SMS telah melanggar struktur tatabahasa bahasa Melayu standart. "..hailah struktur tatabahasa bahasa Melayu, kenapalah kau tak elak. Nasib baik kau tak mati kan..." 


     Kata ahli bahasa lagi, bahasa SMS akan menyebabkan perkembangan bahasa Melayu terjejas. Ini disebabkan oleh bahasa SMS menggunakan perkataan-perkatan yang mudah, singkat dan ringkas. Selain itu, bahasa SMS juga tidak menepati peraturan tatabahasa bahasa Melayu standard. 


     
     Berbeza pula pendapat dengan golongan masyarakat yang sering menggunakan bahasa SMS. Sudah namanya sistem mesej ringkas, mestilah kena menggunakan perkataan-perkataan ringkas. Bagi mereka bahasa SMS ini mudah dan senang difahami orang orang lain. Mereka juga beranggapan bahawa orang menggunakan bahasa yang betul dalam SMS adalah "skema". Selain itu, teks mesej hanya memuatkan 160 aksara sahaja bagi satu caj perkhidmatan. Sekiranya lebih daripada 160 aksara, pengguna akan ditambah satu lagi caj perkhidmatan. Tengok contoh bahasa SMS dalan gambar di atas. Tidak lebih daripada 160 aksara. Jimat pun jimat. Boleh simpan top-up tambah nilai.


     Tetapi, ada juga sesetengah pihak yang masih menggunakan bahasa melayu standard melalui SMS. Mungkin golongan ini telah mendapat kesedaran untuk kembali memartabatkan penggunaan bahasa Melayu standard walaupun dalam apa jua keadaan sekali pun. Usaha sebegini haruslah mendapat sokongan daripada semua pihak.


    Oleh itu, penggunaan bahasa SMS haruslah sering pantau oleh pihak-pihak tertentu agar penggunaannya tidak lagi mencemarkan keindahan bahasa Melayu standard. Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA.




p/s: bahasa sms senang digunakan pakai kan. Setuju??????
     



No comments:

Post a Comment