Tidak dapat dinafikan yang bahawa setiap negeri di Malaysia mempunyai bahasa dialeknya yang tersediri. Terengganu dengan dialek Terengganu, Kelantan dengan dialek Kelantan, Kedah dengan dialek Kedah dan sebagainya. Hanya terdapat beberapa buah negeri sahaja yang menggunakan bahasa Melayu standard dalam percakapan seharian. Antaranya ialah Kuala Lumpur serta Selangor. Selain itu, melalui dialek, kita dapat menganal pasti asal-usul seseorang itu.
Pada saya, tidak menjadi kesalahan bagi seseorang itu ingin bertutur dalam dialek tempat kelahirannya. Akan tetapi, penggunaan dialek haruslah kena tempat, masa, setuasi dan orang yang mendengar kita bercakap serta situasi.
Sebagai contoh situasi dalam gambar diatas. Situasinya mungkin mereka sedang mesyuarat. Mesyuarat merupakan salah satu situasi yang formal. Oleh itu, dalam situasi ini, semua orang yang terlibat mestilah bertutur dalam bahasa Melayu stadard. Hal ini kerana, orang-orang yang terlibat dalam situasi sebegini datang daripada latar belakang yang berbeza. Jadi, penggunaan dialek dalam situasi ini dilarang sama sekali. Jika ada juga yang menggunakannya, akan menimbulkan ketidakfahaman akan maksud yang disampaikan.
Seseorang itu tidaklah dilarang menggunakan dialek. Boleh, tetapi mestilah kena pada tempat, masa serta orang yang mendengar. Jika kita berkomunikasi dengan orang yang mempunyai asal usul yang sama, tidak ada salahnya jika kita menggunakan dialek. Ini kerana, mereka akan faham apa yang kita tuturkan. Contohnya, kita boleh bertutur dalam dialek apabila bersama-sama dengan kawan-kawan dan berada dalam situasi yang tidak formal.
Jadi, penggunaan dialek dalam pertuturan tidak ada salahnya jika kita pandai menggunakan dialek tersebut jika sesuai dengan masa, situasi serta asal usul orang yang diajak berkomunikasi.
Sesungguhnya BAHASA JIWA BANGSA....
p/s: jika tak faham sesuatu dialek itu, janganlah mencemuhnya.. kenapa? anda sendiri yang tau jawapannya.
No comments:
Post a Comment