Friday, 16 March 2012

Along, angah, acik.....

Hidup berkeluarga sememangnya sangat indah dan sangat bermakna bagi setiap individu. Apa yang berpendapat bahawa hidup dalam keluarga yang besar lebih meriah kerana bilangan ahli keluarga yang ramai. Namun, ada juga yang tidak sependapat dengan itu. Kenapa? Mungkin mereka punyai alasan mereka sendiri.


     Sebenarnya, entry kali ini bukanlah untuk saya menceritakan kebaikan atau kekurangan hidup dalam keluarga yang besar, tetapi saya ingin berkongsi serba sedikit tentang sistem panggilan dalam keluarga.


     Ada sesetangah orang memanggil ahli keluarganya dengan nama sebenar. Untuk menghormati adik-beradik yang lebih tua, mereka menambah panggilan 'kak' untuk perempuan manakala 'abang' untuk lelaki. Contohnya adik bongsu memanggil kakaknya yang sulong dengan panggilan Kak Mawar.


     Namun, terdapat juga sesetengah keluarga menggunakan sistem panggilan mengikut turutan. Ini bermaksud, mereka menggelarkan anak yang sulong dengan panggilan along, yang kedua dengan panggilan angah, yang ketiga dengan panggilan acik dan seterusnya sehinggalah ke anak yang bongsu yang digelar acu.


     Pada saya, sistem panggilan sebegini dalam keluarga nampak lebih mesra antara adik-beradik disamping dapat mengeratkan lagi silaturahim antara adik-beradik. Bahasa yang digunakan sangat santun dan bunyinya nampak lenih manja bagi orang yang memakainya.

     Walau apa pun panggilan nama bagi adik-beradik, panggilan tersebut mestilah sopan dan berbudi bahasa. Yang kecil mestilah menghormati yang besar. Sama juga halnya jika kita berada di luar. Panggilan yang sopan akan melambangkan diri kita seorang yang berbudi bahasa dan bersopan santun.


Ibu bapa sangat memainkan peranan peting bagi menerapkan nilai bersopan santun serta berbudi bahasa dalam diri anak-anak. Oleh itu, didiklah mereka dari mereka kecil lagi dengan mengajarlah mereka menggunakan sistem panggilan yang sopan bagi adik-beradiknya.


Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA.




p/s: kalau guna sistem panggilan urutan, nama asalnya jangan dilupakan pula ya.

No comments:

Post a Comment