Setiap kali mereka memandangku, aku hanya tersenyum kepadanya. Yelah kan, nanti kalau aku tidak senyum, mereka kata aku ini sombong pula. Pada mulanya mereka berbual menggunakan bahasa Melayu standard. Tidak lama kemudian, mereka berbahasa dalam bahasa yang sangat aku tidak fahami. Antara perbualannya:
Pelajar 1 : Cufubafa afawakfak tefengokfok dufudakfak defepanfan kifitafa nifi.
Pelajar 2 : Kefenafapafa?
Pelajar 1 : Kefecikfiknyafa difiyafa. Tifidakfak sefesufuyafa langfangsungfung nakfak jafadifi gufurufu
nanfantifi.
Pelajar 2 : Ifiyafalahfah. Nanfantifi bifilafa sufudahfah jafadifi gufurufu, mefestifi bufudakfak-bufudakfak
sefekofolahfah bufulifi difiyafa kanfan.
Pelajar 1 : Syhhhhhhhh (Sambil jarinya letak dibibirnya)
Setelah itu, mereka ketawa terbahak-bahak. Aku kebingunggan melihat gelagat mereka. Pada firasat aku, mereka tidak lain mesti sedang mengutuk aku. Sebab itu mereka menggunakan bahasa rahsia mereka.
Aku hanya mampu bersabar. Tidak mahu melihat mereka, aku pun keluarkan henpon telefon bimbit terus menelefon ayahku dikampung sementara menunggu makananku siap.
Sebetulnya, terdapat bahasa rahsia yang digunakan oleh sesetengah golongan. Contohnya golangan perisik yang melakukan risikan terhadap sesuatu. Ada juga golongan menggunakan bahasa rahsia untuk menjalankan aktiviti penjualan dadah. Hal ini demikian kerana, bahasa rahsia tidak akan diketahui orang lain. Hanya mereka sahaja yang mengetahuinya.
Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA.....
****************
p/s: ada sesiapa tak nak ajar saya bahasa rahsia???
No comments:
Post a Comment