Bahasa yang digunakan oleh pengacara itu sangat bagus. Akan tetapi yang saya perasan pengacara ini melakukan satu kesalahan bahasa iaitu dari segi sistem panggilan untuk pasangan rujukan kerhormat. Ucapannya berbunyi begini:
" dengan segala hormatnya, majlis menjemput Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
naik ke pentas utama untuk merasmikan majlis"
Pengacara itu tidak menggunakan sistem panggilan pasangan rujukan kehormat. Hal sebegini sudah dianggap melanggar protokol majlis tersebut. Sepatutnya pengacara itu perlu berkata sebegini:
"dengan segala hormatnya, majlis menjemput Mufti Perak, Sahibus-Samahah
Tan Sri Harussani Zakaria naik ke pentas utama untuk merasmikan majlis"
Sebenarnya, banyak lagi panggilan pasangan rujukan kehormat yang perlu digunakan dalam sesuatu majlis. sistem panggilan tersebut hendaklah mengikut pangkat atau darjat seseorang itu. Antaranya ialah:
Bil
|
Rujukan hormat
|
Orang yang Disapa
|
1
|
Yang
Mulia
|
Bergelar
warisan seperti Tengku, Raja
|
2
|
Yang
Amat Mulia
|
Anak
kepada raja yang sedang memerintah
|
3
|
Yang
Teramat Mulia
|
Kerabat
raja yang bergelar
|
4
|
Duli
Yang Teramat Mulia
|
Raja
Muda
|
5
|
Yang
Maha Mulia
|
Balu
Almarhum Sultan
|
6
|
Duli
Yang Maha Mulia
|
Sultan,
Sultanah, Raja Perempuan
|
7
|
Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
|
Yang
Dipertuan Agong
|
8
|
Yang
Berbahagia
|
Bergelar
anugerah seperti Tan Sri, Datuk, Profesor, Doktor
|
9
|
Yang
Amat Berbahagia
|
Tun
& Toh Puan
|
10
|
Yang
Arif
|
Hakim
|
11
|
Yang
Amat Arif
|
Ketua
Hakim Negara
|
12
|
Yang
Berhormat
|
Orang
yang dipilih melalui proses tertentu seperti Wakil rakyat, Menteri, Timbalan
Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Dewan Rakyat
|
13
|
Yang
Amat Berhormat
|
Perdana
Menteri
|
14
|
Yang
Setia
|
Pegawai
tentera dan polis
|
15
|
Yang
Amat Setia
|
Ketua
turus tentera & polis
|
16
|
Yang
Berusaha
|
Pegawai
yang tidak bergelar
|
17
|
Sahibus-Samahah
|
Mufti
|
18
|
Sahihul-Fadilah
|
Ulama,
kadi
|
19
|
Sahibus-saadah
|
Pengarah
Jabatan Agama
|
20
|
Tuan
Yang Terutama
|
Yang
Dipertua Negeri, Gabenor, Duta
|
p/s: jika seseorang itu tiada pangkat, cukup dengan panggilan Encik, Puan atau Cik dihadapan nama orang tersebut.
TERIMA KASIH SAUDARI FATIHAH KERANA MEMUDAHKAN SAYA MENCARI PANGGILAN PROTOKOL UNTUK PEGAWAI POLIS SEMASA SAYA HENDAK MENYEDIAKAN UCAPAN.
ReplyDelete