Monday, 5 March 2012

Pencemaran Bahasa

   Setelah selesai kelas Sosiolinguistik Melayu tengah hari tadi, saya dan member sahabat pergi makan di sebuah kedai di hadapan Kampus Sultan Abdul Jalil. Sementara menunggu makanan sampai, saya terdengar perbualan sekumpulan pelajar lelaki yang terdiri daripada 4 orang. Antara kandungan perbualan mereka:

                 Pelajar 1 : Weh, sek demo ada plen gapo-gapo dok petang nie?
              Pelajar 2 : Tak de nape-nape plen lagi setakat nih
              Pelajar 3 : Apa kata kita pergi lepak kat tasik Proton City? petang-petang ramai  
                              awek-awek cun duk jogging. boleh kite ushar-ushar. mane tau 
                              sangkut sorang dua..
              Pelajar 4 : Wa, stuju idea lu beb. asyik duk terperuk je kat bilik, boleh jadi gila  
                              bai.
              Pelajar 1 : bereh boh. aku stuju sangat-sangat . kol 5 kita gerak.

     Saya bukan hendak campur rancangan aktiviti tidak bermoral mereka. Tetapi,  saya sebagai pelajar jurusan bahasa Melayu, agak terpanggil untuk menegur bahasa yang meraka gunakan ketika bercakap. Bahasa mereka gunakan itu sangat tercemar. Tercemar? Bahasa pun boleh tercemar ke? Mesti anda pening memikirkan yang bahasa pun boleh mengalami pencemaran. Macam sungai pula, boleh tercemar.

     Anda semua pernah dengar istilah Pencemaran Bahasa? Mesti tidak pernah dengarkan? Baiklah, saya jelaskan. Pecemaran bahasa berlaku apabila kita mencampuradukkan pelbagai jenis bahasa semasa bercakap. Sebagai analoginya, kita lihat gambar sungai tercemar dibawah.


     Pencemaran sungai berlaku apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap ke dalam sungai. Selain sampah sarap, ada juga kayu-kayu balak, sisa-sisa toksid, bangkai-bangkai binatang dan sebagainya dibuang ke dalam sungai tersebut. Air sungai yang pada asalnya bersih sudah menjadi kotor. Pemandangan sungai yang dahulunya indah sudah menjadi tidak indah. Menyakitkan mata yang memandang.

     Begitu juga halnya dengan penggunaan bahasa. Bahasa Melayu sangat indah apabila kita mengujarkannnya dengan menggunakan bahasa standard. Tetapi, bahasa tersebut menjadi tercemar apabila kita mencampuradukan pelbagai jenis bahasa lain semasa berkomunikasi. Antara bahasa yang mencemarkan bahasa ialah :

Add caption
     Sekarang anda sudah faham sebab-sebab yang menyebabkan berlaku pencemaran bahasa? Baiklah,Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut satu persatu bahasa-bahasa tersebut. Tapi bukan sekarang. Kita jumpa di entry yang seterusnya. 
      :)


      


              

No comments:

Post a Comment