Monday, 19 March 2012

Aras ke Paras????

Kelmarin saya pergi ke sebuah universiti yang terletak  di Selangor untuk menemui sahabat saya yang menuntut di sana. Nama universiti tersebut wajib terpaksa saya rahsiakan kerana terdapat satu perkara yang ingin saya ceritakan.

Kawasan universiti tersebut sangat luas. Hal ini demikian kerana kolej kediamannya terletak di dalam kawasan universiti tersebut. Berbeza dengan UPSI yang kolej kediamannya terletak di luar kawasan kampusnya. 

Setelah sampai di sana, kawan saya membawa saya pergi ke kolej kediamannya untuk merehatkan diri sebentar. Setelah sampai di aras yang menempatkan bilik kawan saya terkejut melihat satu papan tanda. Papan tanda apa? Cuba anda lihat:


PARAS?????
Saya pun terfikir sejenak. Paras ke aras? Setahu saya sepatutnya aras. Saya jadi keliru. Saya pun ambil gambar ini. Inilah pertama kali saya melihat papan tanda yang menggunakan perkataan paras bagi menunjukkan aras yang keberapa bagi sesuatu tingkat di bangunan yang tinggi.

Semasa saya ke kelas tadi di bangunan E-Learning, saya lihatlah papan tanda ini.


Papan tanda tersebut menggunakan perkataan aras. Saya pun semakin keliru. Apa yang sebetulnya??? Aras ke paras??

Saya pun bertanya kepada rakan-rakan. Hampir kesemua rakan yang saya tanya, mereka menjawab ialah aras. Sebaik sahaja saya sampai di bilik, saya terus membuka kamus dewan. Saya cari maksud perkataan aras dan paras. Apa yang terkandung dalam kamus tersebut ialah:

           Aras : maksud 1 ~ (a) hingga ke, sampai ke, paras, takat
                                        (b) muka
                                        (c) tingkat
                     maksud 2 ~ sl raja dalam bahaya (seruan untuk permainan catur)
                     maksud 3 ~ kerdan ark sejenis penganan

          Paras : maksud 1 ~ rupa muka
                     maksud 2 ~ (a) rata, tidak tinggi, rendah
                                        (b) aras
                     maksud 3 ~ ark; batu - sejenis batu atau lapisan tanah yang keras, cadas, padas

Berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, dapat saya simpulkan bahawa kedua-dua perkataan tersebut membawa makna yang sama iaitu menunjukkan bilangan tingkat yang diduduki dalam sesebuah bangunan yang tinggi.

Kalau sama maksudnya, kenapa tidak selaraskan penggunaan perkataan tersebut. Hal ini akan membuatkan penutur keliru untuk menggunakan perkataan yang mana satu.

Jadi, yang sebetulnya yang perlu digunakan sama ada aras atau paras?

Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA


p/s: siapa yang dipersalahkan apabila wujudnya situasi sebegini???

No comments:

Post a Comment