BAHASA
FORMAL
- Bahasa yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi seperti dalam majlis atau upacara rasmi, mesyuarat, seminar, pendidikan dan pentadbiran.
- Contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana.
- Juga dikenali sebagai bahasa terkawal.
- Bahasa terkawal adalah bentuk bahasa yang mementingkan aspek-aspek peraturan bahasa tersebut iaitu ayat dan imbuhannya gramatis, aspek sebutan dan intonasi serta pilihan kosa katanya tepat.
BAHASA
TIDAK FORMAL
- Bahasa yang digunakan dalam situasi tidak formal atau tidak rasmi seperti dalam pertuturan atau perbualan harian, pergaulan biasaserta perhubungan antara ahli keluarga dan saudara-mara.
- Contoh bahasa tidak formal ialah bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar dan dialek.
- Juga dikenali sebagai bahasa bebas.
- Bahasa bebas merupakan bentuk bahasa yang tidak mementingkan peraturan bahasa iaitu ayat dan imbuhannya tidak gramatis, aspek sebutan dan intonasinya salah serta pilihan kosa katanya tidak tepat dan bercampur aduk.
Contohnya:
Bahasa
Bebas
|
Bahasa
Terkawal
|
Ada pentadbiran mesra rakyat semua
masalah rakyat cepat selesai. Hubungan rakyat dengan kerajaan juga mesra.
|
Dengan wujudnya pentadbiran mesra
rakyat, segala masalah yang diutarakan oleh rakyat akan dapat diselesaikan
segera. Hal ini akan meningkatkan hubungan mesra rakyat dengan kerajaan.
|
thanks for that explain. it's useful for me.
ReplyDeleteTerima kasih untuk penerangan di atas.
ReplyDelete