Apa perkaitannya?
Bahasa Melayu + rojak = bahasa Melayu rojak
Hah, pandai pun. Itulah yang saya ingin kongsikan dengan ada. Bahasa Melayu rojak. Lebih senang kalau kita memanggilnya sebagai bahasa rojak.
Bahasa rojak adalah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa. Hal ini demikian kerana penutur telah mencampuradukan penggunaan bahasa-bahasa lain seperti bahasa asing, dialek, slanga dengan bahasa Melayu standard semasa berkomunikasi. Istilah rojak itu sendiri telah memperlihatkan kita tentang sesuatu yang telah bercampur aduk. Contohnya, rojak ayam. Di dalam rojak ayam itu, terdapat banyak bahan-bahan yang dicampur bersama seperti mee kuning, timun batang, tauhu goreng, ubi kentang dan sebagainya. Kalau bahasa rojak pula, bahasa Melayu standard pula bercampur dengan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris, bahasa slanga, dialek dan sebagainya.
Masyarakat pada masa ini gemar menggunakan bahasa rojak dalam perbualan seharian. Jika penggunaannya berlaku secara berterusan, tidak mustahil pada masa hadapan bahasa Melayu standard akan mengalami kepupusan. Isu inilah yang membimbangkan golongan-golongan pencinta bahasa.
Kebiasaannya, bahasa rojak yang dituturkan bercampur baur antara bahasa Melayu standard dengan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Ada diantara meraka berkata, penggunaan bahasa Inggeris boleh meringkaskan apa-apa yang ingin diperkatakan. Akan tetapi, tanpa mereka sedari penggunaan bahasa rojak telah menyebabkan berlakunya kecelaruan pada bahasa Melayu standard.
Bagi mengatasi masalah bahasa rojak ini, pelbagai pihak haruslah berganding bahu antara satu sama lain agar bahasa Melayu standard tidak tercemar dengan unsur bahasa rojak. Sebagai contoh, guru di sekolah mahupun pensyarah di institusi pengajian tinggi hendaklah menggunakan bahasa Melayu stadard dengan sepenunhnya ketika sesi pengajaran mata pelajaran yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Jika guru atau pensyarah sendiri yang menggunakan bahas rojak, tidak mustahil pelajarnya turut sama menggunakan bahasa rojak tersebut.
Bukankah percampuran diantara bahasa Melayu dengan bahasa lain sudah menjadi tidak enak kedengarannya. Selain itu, keindahan bahasa Melayu telah tercemar akibat daripada gejala bahasa rojak.
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA. Tercemarnya bahasa, tercemar juga muruah bangsa itu. Oleh itu, sebagai bangsa Melayu, kita sendirilah yang perlu memainkan peranan penting dalam mengembalikan semula martabat bahasa Melayu. Kalau kita sendiri yang tidak bertutur dalam bahasa Melayu standard, siapa lagi?
Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA.
p/s: sabtu ini nak beli rojak pasembur di pasar malam tanjung malim.... nyam,nyam,nyam
No comments:
Post a Comment